30 December 2013

30 KEAJAIBAN SELAWAT


[ 30 KEAJAIBAN SELAWAT ]

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani


BENARKAH INI BATU BURUNG ABABIL !

AS SALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA .

ENTRY kali ni aku nak habaq tentang satu yg info aku dapat
tentang Perjumpaan Batu burung Ababil . Allahuallam ... 

Betul-betul Aneh! Benarkah Ini Batu Burung Ababil? .
Masih ingat lagikah kita tentang kisah tentera bergajah yang
menyerang kota Mekah pada suatu ketika dahulu?

Kisah ini ada terkandung dalam al-Quran
pada surah Al-Fill. Namun pada kali ini kami tidak bercerita mengenai
sejarah kisah burung Ababil ini, akan tetapi tentang penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababil untuk menghancurkan
tentera bergajah. Persoalannnya, benarkah ini batu burung Ababil?
Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Boleh lihat gambar di bawah ini.







Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.

Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram,sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Akhir Kalam ...

Allahuallam , sama ada sahih ke tidak . Hanya Allah sahaja yang
mengetahui apa yang terjadi , sedang terjadi dan bakal yang terjadi ..
Pada pandangan aku , Mungkin benar / mungkin tidak ..
Jika Allah berkehendak sesuatu . Ku faa yun ...
Makaa terjadilah ....

Kita tidak dapat sahihkan cerita ini , hanya sekadar melihat ..

By : Faez Ramly

29 December 2013

RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ JUTAWAN DI US A.K.A ANAK DATIN SERI ROSMAH


As salamulaikum dan selamat sejahtera 


Entry kali nak habaq tentang Anak kepada  Datin seri Rosmah
dengan suami pertamanya iaitu 
Abdul Aziz Bin Nong Chik ... 

Mesti korang pelik , kenapa entry kali ini aku nak habaq 
tentang Anak DS Rosmah ..




Riza Shahriz Bin Abdul Aziz atau dikenali sebagai 
Riza Shahriz Abdul Aziz adalah seorang penerbit perfileman Hollywood .


Riza Shahriz baru berusia 36 tahun, sebelum berjinak dengan dunia perfileman Hollywood, beliau merupakan seorang investment banker yang menetap di London selama 10 tahun. Mungkin saja Riza telah menjadi kaya raya melalui pelaburan yang dibuatnya waktu itu.


Apalah sangat kondo 15 bilik bersaiz 7728 kaki persegi dengan beranda
bersaiz 1244 kaki persegi yang berpandangan indah kota New York yang
mrupakan antara kondo termahal didunia . Monthly maintenance saja
menelan kos RM60 ribu . Buat seorang jutawan seperti Riza.


Tapi tak sangka ya Rosmah punya anak jutawan yang berjaya di oversea ! 

Semoga penglibatan Riza dibidang perfileman Hollywood bakal mengharumkan
nama negara dan mana tahu, Riza mampu membawa satu Transformasi kepada
industri filem tempatan satu hari nanti.

Najib pasti tumpang bangga dengan pencapaian anak tirinya ini. Malah 1Malaysia pun ikut tumpang bangga ! 

Riza Aziz merupakan seorang penerbit filem Hollywood, pemilik bersama dan CEO Red Granite Pictures.




Plakon-plakon memang hebat belaka, nama2 seperti Leonardo DiCaprio,
Christian Bale, Megan Fox dan Daniel Radcliffe dan pengarah ternama
Martin Scorsese terlibat dengan filem2 Red Granite. ( Semuanya main juta2 ok )

Artikel The REAL DEAL diatas bertarikh 4 Disember 2012 ....
Dah setahun baru kita tahu ....

SAYURAN HIJAU TINGKATAN PENGELUARAN SPERMA

TIPS KESIHATAN - SAYURAN HIJAU TINGKATKAN PENGELUARAN SPERMA


Kesihatan badan kita mencerminkan apa yang kita makan. Tidak kurangnya dari segi kesihatan reproduktif. Lelaki yang pola makanannya yang teruk diketahui mempunyai jumlah sperma yang berkualiti rendah yang lebih banyak. Oleh itu , jika anda merancang untuk hamil, jangan lupa untuk mengingatkan suami anda untuk pengambilan makanan yang sihat.

sayur-sayuran
Kekurangan asid folik dalam badan boleh membawa kepada seorang lelaki yang dihasilkan bilangan sperma yang rendah atau kualiti sperma yang rendah. Sayur-sayuran hijau yang mengandungi vitamin C dan E mempunyai beberapa antioksidan yang telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kualiti sperma. Ajak suami anda untuk mula menyukai sayur-sayuran seperti bayam , daun betik atau brokoli.

brokoli

Brokoli boleh membantu lelaki dalam meningkatkan kuantiti sperma dalam air mani. Brokoli adalah salah satu sumber terbaik asid folik dan vitamin B.

lycopene

Dalam tomato, tembikai, asparagus dan buah-buahan lain yang bahan merah dipanggil lycopene. Salah satu jenis antioksidan yang terbukti dapat mencegah kanser prostat dan juga meningkatkan kualiti air mani.

vitamin D

Penelitian membuat kesimpulan bahawa orang-orang yang mendapat banyak vitamin D mampu menghasilkan kualiti sperma yang sangat baik supaya lebih cenderung untuk mensenyawakan telur yang lebih besar.

Siapa Sebenarnya Na'A'Bella ?



Assalamualaikum & selamat malam. Beberapa hari lepas, Ben Ashaari kongsikan gambar diatas ni di FB nya yang membuatkan ramai orang 'pecah perut'. Prank tutorial mengenakan hijab ni betul-betul mengeletek hati aku , mungkin disebabkan gaya bahasa yang digunakan. Tertanya tanya juga, apalah objek yang dipasang ditudung dalam gambar terakhir tu kan?

Tapi dalam gelak-gelak, timbul satu pertanyaan dalam diri aku. Keliru dengan jantina Na'A'Bella ni, sebab wajahnya dan badannya macam lelaki sikit. Jadi aku pun google lah 

nama Na'A'Bella ni, dan rupanya inilah wajah sebenar beliau ..


Haa.. Terkejut tak korang.. Na'A'Bella ni sebenarnya lelaki, & dikenali sebagai Faiz Dickie. Patutlah semacam je muka beliau dalam tutorial bertudung tu.. Adoilah..


Faiz Dickie ni sebenarnya berkarya dengan sindiran. Itu yang Zam baca dari INFO ini. Apapun, kemunculan beliau ni memberikan kelainan dalam kemeriahan prank di laman sosial.. Serius lawak!

22 December 2013

LION EYE A.K.A MAN OF FIRE ( FIRE DRAGON )

Siapakah Lion Eye A.K.A Man Of Fire

Seorang jejaka yang menggelarkan diri sebagai Lion Eyes .

Jejaka ini berasal dari Ampang , berusia 26 tahun .
Dia berpegang teguh kepada " Tiada Kejayaan Tanpa Usaha "

Mungkin korang pelik , siapa dia sebernanya .

Dia telah mencuburi dalam persembahan FIRE DRAGON


 "Jangan bermain api , jika masih takut-takut "
Dia telah membuat pelbagai prsembahan yang berkaitan Dragon Fire ..

Persembahan yang terbaru di Sg. Way Plaza ...

Bila dia bergerak solo ..
Jejaka ini menggelarkan dirinya sebagai Lion Eye ..
Jika dia bergerak secara kumpulan maka DRAGON OF FIRE sebagai gelaran yang dipanggil


" Jangan tiru aksi ini "
Jom tengok lagi gambar dia sedang beraksi


Persembahan Dragon Fire sukar dilihat
dimana-mana event ..






 "Belum lagi dekati api ini , sudah terasa bahangnya "


Dragon Of Fire buat pelbagai event antaranya ialah
Pekhawinan dan lain-lain ...

Kalau korang rasa nak meriahkan lagi event korang ,
jemputlah dia ...

Bagaimana nak menghubungi Dragon Of Fire

Maka Disini Jawapannya .
CLICK HERE

Okaylah sampai disini Kisah Lion Eye atau A.K.A Man Of Fire .

BY : Faez Ramly

MENGAPA PARA DOKTOR MEMAKAI BAJU WARNA HIJAU DI BILIK BEDAH




Ketahui Mengapa Para Doktor Memakai Baju Warna Hijau Di Bilik Bedah..Disini Jawapannya ...Selalu dalam dewan bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa ? 

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. 

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. 

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. 

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Bagaimanapun, banyak juga hospital-hospital dari luar negara menggunakan warna biru. Kenapa?

Yang tu kena tanya mereka sendiri lah. Hahaha 
psst..cuba korang google operation room.. baju warna apa paling banyak keluar ?


21 December 2013

BAYANGAN RINDU PART KEMUNCAK


Bayangan Rindu Part Kemuncak ..
mesti korang tanda tanya , apa kisah selajutnya semasa part 1 ..
bagi yang menunggu , terima kasih .


Okay lah , aku akan sambungkan ..
Dalam duka kepahitan yang lydia tanggung ,
lydia membawa diri ke Turki dan menumpang ke rumah kawannya .


Semasa di Turki , Q bertemu janji dengan Lydia dan kawannya 
untuk berjumpa .. kawan lydia mmbawa mereka brjalan-jalan di kawasan turki ..
ini membuatkan hbungan Lydia dan Q smakin rapat dan akrab .


Bberapa hari kemudian , Q dan Lydia pulang ke Malaysia mnggunakan 
flight yang sama .. perasaan sedih di wajab Q amat ketara 
kerana dia tidak akan rapat dengan lydia 
sperti di Turki ...

Sampai sahaja di Malaysia , lydia harus menumpuh wajah
Lutfi yang masih di hati Lydia ..
sampai sahaja di rumah , mama kepada lidya 
memanggil lidya turun ke bawah supaya berjumpa dengan lutfi .
walaupun perasaan Lidya sakit hati , tetapi lidya buat seperti biasa .
Lidya tanya dekat lutfi " U dah lama sampai ke "
tetapi pertanyaan itu ditegur oleh mama lidya , 
kerana beranggap , dia tidak mengajar lidya hormat lutfi sebgai abang susuan .

Tiba-tiba lidya dapat satu panggilan 
" hello omar , i dah sampai rumah pun "
*terus masuk ke bilik .
panggilan itu membuatkan lutfi cemburu dari wajahnya .
mungkin lutfi beranggap 
lidya sudah hilang perasaan cinta terhadap dirinya .


Q memberitahu dekat lidya bahawa 
dia akan adakan reunion di rumahnya , dan dia bercadang 
untuk lidya memakai pakaian yang lawa kerana baim ( zahiril adzim )
datang ke reunion tersebut ....

Q slalu ingatkan dekat lidya bahawa baim sudah mempunyai isteri .
tetapi , lidya kurang senang krana lidya sudah tidak ade hati pada Baim lagi


Selepas habis reunion di rumah Q ..
Baim menghantar lidya ke rumah , tetapi lidya kurang senang ...

Keesokan harinya , baim mengajak lidya keluar makan kerana ingin
berkawan dengan lidya ..

Dalam perjumpaan tuh , baim meluahkan isi hatinya ,
Yang dia jatuh hati pada lidya , selepas pertemuan reunion tuh ..
Baim kata , isteri dia slalu marah2 dia , mmbebel dan macam2 .
dia khawen kerana terpaksa , bukan dasar cinta .
tapi luahan itu , kurang menyenangkan lidya , 
kerana lidya tidak suka baim mmburukkan isterinya sendiri ..
terus lidya meninggalkan baim di kedai makan .


Dipendekkan cerita ...

Ayah Lidya mengalami serangan angin ahmar ( strok ) .
dan lidya putus harapan , kenapa dugaan masih menerpah dirinya ..
Tetapi lidya tetap kuat dan sabar ..

semasa di dalam bilik wad .
Q datang kbetulan Lutfi ada di dalam bilik itu ..
Lutfi memandang Q dengan perasan cmburu ...
walaubagaimanapun , Q menghabiskan masa 
menjaga ayah lidya ... 
Lidya sungguh gembira akan sikap Q sendiri .

Selepas membawa ayah lidya pulang ke rumah ,
Kententuan Illahi telah memanggil ayah lidya serta merta .
membuatkan lidya berasa hampar ...

Semasa di Tanah Perkuburan , 
Q tenangkan lidya di atas pemergiaan ayahnya ..

Dengan perasaan penuh bersalah , noraida dtang trus brpeluk ke arah lidya, 
sambil diperhatikan oleh lutfi sendiri ..
akan tetapi lidya masih tetap membenci noraida ,
noraida berharap agar lidya jangan terus membenci dia . 
dan memaafkan kesilapan dia ..

Skip ....

3 Hari Q berdiam diri membuatkan lidya berasa aneh .
akan tetapi , lidya baru teringat akan peristiwa 3 hari lepas 
bersama Q .. Q terus berlalu pergi meniggalkan Lidya slepas 
dapati baim asyik menelefon lidya ..

Keesokan harinnya , Q menjawab panggilan dari Lidya .
dan ingin bertemu dengan lidya di tempat biasa ..

Q meluahkan perasaan yang sebenar dekat lidya ,
bahawa dia cinta lidya pada zaman sekolah .
akan tetapi dia hormat hbungan baim dengan lidya ...

Terus Q melamar lidya ..
dan lamaran itu diterima oleh lidya ...

Semasa hendak pulang ,
Lidya dan Q terserempak dengan baim ..

Terus lidya memberitahu kepada baim ,
yang dia memilih Q menjadi peneman hidup dia ..

Maka sekian cerita bayangan rindu Part akhir ...



Ni Movie dia , korang tengoklah 


# Aku minta maaf sekirannya penulisan aku kurang 
menyenangkan kali ini , kerana keadaan tidak sihat ..

Dan aku ingatkan dekat korang 

"Sayangi dan hargai mereka yang ada di sekeliling kita selagi mereka belum dipanggil untuk kembali. Bila mereka dah sahut panggilan tu nanti, memang tak boleh nak patah balik "

By : Faez Ramly


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by Faez laaaaaa