06 March 2020

"MAKAN DAN MENANG KAWKAW 2019" BERSAMA MARRYBROWN'S

makan marrybrown

"MAKAN DAN MENANG KAWKAW 2019" BERSAMA MARRYBROWN'S 

Kalau korang perasan pada tahun 2019, Marrybrown telah mengajurkan satu contest makan dan menang kawkaw sempena menghargai pelanggan yang setia dan sekali gus berjaya menempatkan makanan segera halal tempatan sejak pada tahun 1981. 

Pada masa kini, Marrybrown berjaya meraih hati pelanggan dengan adanya 500 cawangan di 16 buah negara merentasi dunia. 


  




Peraduan ini bermula sejak 29 November 2019 sehingga 12 Januari 2020. Dalam tempoh peraduan, seramai 200 pemenang akan diumumkan setiap minggu. Tanda menghargai pelanggan setia makanan halal segera ini, Marrybrown telah membelanjakan sebuah Proton pintar baru X70 kepada pelanggan bertuah diatas sokongan tidak berbelah bahagi sejak penubuhan Marrybrown pada tahun 1981 lagi.

Pada hari kejadian, Pemenang bertuah iaitu Encik Muhammad Muzamil Bin Jailani berusia 29 tahun telah menerima hadiah utama berjumlah sebuah Proton pintar berharga RM380,000.00. 

Bukan itu sahaja, Marrybrown's juga menyediakan beberapa hadiah buat peserta yang bertuah yang lain, seperti dibawah;- 


6 x RM10,000 tunai setiap seorang
6 x 65" LG UM bernilai RM4,099 setiap seorang
12 x GoPro Hero 8 bernilai RM1,800 setiap seorang
12 x Vivo V17 Pro bernilai RM1,699 setiap seorang
18 x Sony Earphone WF1000xm3 bernilai RM949
120 x RM500 tunai
1,200 x RM50 baucer hadiah Marrybrown



 




Akhir kata, lepas ini korang jangan lepaskan apa jua peluang keemasan seperti ini. Manakah tidak "Tuah badan nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu". 



29 February 2020

KENAPA FILEM "RATU KALAJENGKING" MENDAPAT RANTING 7 DARI 10

ratu kalajengking

REVIEW l FILEM "RATU KALAJENGKING"

Tajuk: Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda

Tarikh Tayangan: 27 Februari 2020
Durasi: 2 jam
Genre: Seram / Romantik
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Pelakon: Nadia Brian, Amar Asyraf, Datuk Fizz Fairuz, Firman Siagian, Eyra Hazali, Fauziah Nawi, Raja Azmi dan Dayang Areeda.
Klasifikasi: P13

Korang mesti nak tahu kenapa filem ini mendapat ranting 7/10 dari aku. Pertama kali plot cerita ini agak nipis kerana beberapa adengan berulang menyebabkan penonton seperti aku mula rasa bosan. 

Maklumlah, aku memang jenis kaki wayang dan agak jarang untuk aku  menonton filem melayu semata menghabiskan duit RM19.00. Bukan sebab aku tak support filem melayu, kerana filem melayu cepat ditayangkan di kaca tv. 

Filem ini agak mengecewakan aku selepas dipujuk oleh ibu beberapa kali untuk menonton filem ini. Korang boleh baca sinopsis filem ini dibawah selepas korang selesai membaca review aku. 

Cerita rakyat sinonim dengan bualan mulut ke mulut menyebabkan fakta cerita asal dimanipulasi turun menurun. 

Untuk filem ini, aku tidak pasti penulis skrip membawa plot cerita versi yang mana satu sebab aku ada baca beberapa alkisah tentang puteri keranda ini. 

Bagi aku cerita ini agak spoil sebab latar muzik dengan kisah yang ditayangkan tidak seiringan. Contoh, cerita ini membawa kita satu kisah misteri melayu lama tetapi latar muzik dalam filem ini adalah muzik moden. Korang boleh nilai sendiri nanti. 

Seterusnya, mungkin filem ini dibuat penggambaran pada 2 tahun lepas menyebabkan warna filem agak kelam dan ada beberapa perkara lagi. kalau korang nak tahu, korang boleh tonton di pawagam sekarang. Jom baca sinopsis "Ratu Kalajengking"

Filem Ratu Kalajengking atau dikenali Puteri Keranda mengisahkan tentang Cik Siti yang mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Mawar dan Teratai. Siti bercinta dengan Awang, namun dalam diam rupa-rupanya Mawar juga mencintai Awang. Teratai yang mengetahui pekara tersebut menasihati Mawar agar tidak mengkhianati sahabat baik sendiri.

Kemudian, wajah Cik Siti tiba-tiba diserang penyakit misteri apabila ditumbuhi jerawat batu. Keadaan mukanya sangat teruk sehingga orang kampung memanggilnya hantu dan diasering dihina dan dikeji, malah akhirnya Awang juga meninggalkannya. Cik Siti kecewa lalu berkawan dengan Nadim, pemotong kayu yang menjadi tempatnya mengadu. Mawar telah menghasut Cik Siti supaya pergi ke Gunung Panti untuk berubat dengan Nenek Kebayan, dengan harapan Awang akan menjadi miliknya.

Cik Siti nekad untuk pergi berubat dengan Nenek Kebayan, meskipun ibunya melarang. Semasa ketiadaan Cik Siti, Nadim yang menjaga ibunya siang dan malam. Terharu dengan kebaikkan Nadim, ibu Cik Siti telah berjanji yang dia akan mengahwinkan Nadim dengan Cik Siti.

Sementara itu, Cik Siti meredah hutan belantara tiga hari tiga malam, sehingga dia berjumpa dengan Nenek Kebayan yang bersetuju mengubati penyakitnya, tetapi dengan syarat Cik Siti tidak boleh menderhaka dan mengecilkan hati ibunya. Sekiranya melanggar pantang, Siti akan menerima akibatnya.

Cik Siti bersetuju dan terus berubat. Dia juga menuntut ilmu kebatinan. Setelah menuntut selama 99 hari, terdapat perubahan pada wajahnya. Mukanya licin dan cantik berseri-seri seperti bulan purnama.




26 February 2020

3 TEMPAT MENARIK DI BANDAR JOHOR BAHRU


FAKTA l 3 TEMPAT MENARIK DI BANDAR JOHOR BAHRU

Apakah tempat-tempat menarik di Bandar Johor Bahru yang anda tahu atau pernah kunjungi? Bandar Johor Bahru merupakan Daerah yang terletak di selatan semenanjung Malaysia.


Jalan-jalan dan cari makan adalah tema yang sesuai untuk Bandar Johor Bahru kerana Bandar ini menyimpan banyak keunikan untuk anda kunjungi dan merasai aneka makanan yang sedap-sedap dan juga pelik-pelik.

Ramai yang menjadikan Daerah Johor Bahru sebagai destinasi percutian bersama keluarga, kawan-kawan dan juga secara solo.

Disamping itu juga, bandar Johor Bahru merupakan laluan darat utama utama penduduk Malaysia ke Singapura dan juga dari Singapura ke Malaysia menjadikannya sentiasa dipenuhi pelancong dari dalam dan juga luar negara.

Senarai dibawah merupakan senarai 3 tempat menarik di bandar Johor Bahru yang harus dilawati.

B5 Johor Street Market



Pasar seni yang dinamakan B5 Johor Street Market, mengambil nama sempena nama kawasan Batu 5, yang terletak berhampiran Angsana Mall dan telah beroperasi sepenuhnya pada bulan februari 2020. 


B5 Johor Street Market akan menghimpunkan usahawan tempatan yang menjual produk berasaskan keunikan negeri Johor seperti barangan kraftangan dan makanan menerusi 231 ruang perniagaan.


Seperti mana Victoria Market yang telah menjadi salah satu tarikan destinasi pelancong, B5 Johor Street Market juga diharap mampu menjadi satu lagi produk pelancongan unik kepada Negeri Johor menerusi pendedahan konsep identiti 'sejarah & budaya' Johor yang ditampilkan.




Seramai 3 juta pengunjung dari dalam dan luar negara disasarkan untuk mengunjungi B5 Johor Street Market pada tahun ini yang juga bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.


Sehingga kini, B5 Johor Street Market telah mencapai kadar penghunian lot sebanyak 85 peratus, yang mana secara keseluruhan mampu mewujudkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar.


LEGOLAND, MALAYSIA



Legoland merupakan sebuah destinasi dan antara tarikan utama di Johor. Sebuah taman tema berkonsepkan lego ini mampu menjadi destinasi tumpuan keluarga kerana ia mampu menarik minat kanak-kanak.

Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang tertarik, orang dewasa juga akan berasa seronok sepanjang berada disini.

Imaginasi anda akan menjadi kenyatan disini. Terdapat lebih daripada 70 jenis tunggangan, gelongsor, persembahan dan tarikan yang sesuai untuk keluarga dan semua peringkat umur.

Setiap hari yang anda luangkan disini akan sentiasa menyeronokkan dengan berbagai pengembaraan menerusi The Beginning, land of Adventure, Lego City dan Miniland.

Selain itu, pengembaraan anda bukan hanya terhenti setakat itu sahaja. Anda boleh meneruskannya lagi di Legoland Water Park untuk lebih aksi yang bertemakan air.

Jika anda ingin meluangkan hari dan malam anda disana, anda boleh menginap di Hotel Legoland dan terus merasa kagum dengan rekaan bilik penginapan yang bertemakan Lego.

Tiket: Harga tiket masuk adalah bermula dari RM76

1-Day Theme Park: RM185 (Anak / Orang Tua), RM231 (Dewasa)
1-Day Theme Park+Sea Life : RM221 (Anak / Orang Tua), RM278 (Dewasa)
1-Day Theme Park+Water Park+Sea Life: RM250 (Anak / Orang Tua), RM313 (Dewasa)

Waktu Operasi: Dibuka dari 10:00 Pagi – 6:00 Petang


DANGA BAY



Danga Bay adalah salah satu tempat menarik di Johor menawarkan berbagai aktiviti yang penuh gaya. Terdapat banyak outlet dan restoran-restoran yang menawarkan makanan-makanan yang sedap untuk dinikmati disana.

Danga Bay juga dikenali sebagai taman rekreasi terbesar di Johor Bahru dan ia turut memberikan ruang dan kemudahan untuk anda melakukan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan semua peringkat umur.

Terdapat juga aktiviti eksklusif untuk kanak-kanak disana.

Jika anda inginkan suasana makan malam yang romantik, Danga bay seharusnya menjadi destinasi utama anda. Anda dapat menikmati makan malam bersama yang tersayang serta dapat menikmati keindahan permandangan malam.

Danga Bay juga menunjukkan beberapa adat dan budaya masyarakat sekitar Johor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by Faez laaaaaa