26 February 2020

3 TEMPAT MENARIK DI BANDAR JOHOR BAHRU


FAKTA l 3 TEMPAT MENARIK DI BANDAR JOHOR BAHRU

Apakah tempat-tempat menarik di Bandar Johor Bahru yang anda tahu atau pernah kunjungi? Bandar Johor Bahru merupakan Daerah yang terletak di selatan semenanjung Malaysia.


Jalan-jalan dan cari makan adalah tema yang sesuai untuk Bandar Johor Bahru kerana Bandar ini menyimpan banyak keunikan untuk anda kunjungi dan merasai aneka makanan yang sedap-sedap dan juga pelik-pelik.

Ramai yang menjadikan Daerah Johor Bahru sebagai destinasi percutian bersama keluarga, kawan-kawan dan juga secara solo.

Disamping itu juga, bandar Johor Bahru merupakan laluan darat utama utama penduduk Malaysia ke Singapura dan juga dari Singapura ke Malaysia menjadikannya sentiasa dipenuhi pelancong dari dalam dan juga luar negara.

Senarai dibawah merupakan senarai 3 tempat menarik di bandar Johor Bahru yang harus dilawati.

B5 Johor Street Market



Pasar seni yang dinamakan B5 Johor Street Market, mengambil nama sempena nama kawasan Batu 5, yang terletak berhampiran Angsana Mall dan telah beroperasi sepenuhnya pada bulan februari 2020. 


B5 Johor Street Market akan menghimpunkan usahawan tempatan yang menjual produk berasaskan keunikan negeri Johor seperti barangan kraftangan dan makanan menerusi 231 ruang perniagaan.


Seperti mana Victoria Market yang telah menjadi salah satu tarikan destinasi pelancong, B5 Johor Street Market juga diharap mampu menjadi satu lagi produk pelancongan unik kepada Negeri Johor menerusi pendedahan konsep identiti 'sejarah & budaya' Johor yang ditampilkan.




Seramai 3 juta pengunjung dari dalam dan luar negara disasarkan untuk mengunjungi B5 Johor Street Market pada tahun ini yang juga bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.


Sehingga kini, B5 Johor Street Market telah mencapai kadar penghunian lot sebanyak 85 peratus, yang mana secara keseluruhan mampu mewujudkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar.


LEGOLAND, MALAYSIA



Legoland merupakan sebuah destinasi dan antara tarikan utama di Johor. Sebuah taman tema berkonsepkan lego ini mampu menjadi destinasi tumpuan keluarga kerana ia mampu menarik minat kanak-kanak.

Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang tertarik, orang dewasa juga akan berasa seronok sepanjang berada disini.

Imaginasi anda akan menjadi kenyatan disini. Terdapat lebih daripada 70 jenis tunggangan, gelongsor, persembahan dan tarikan yang sesuai untuk keluarga dan semua peringkat umur.

Setiap hari yang anda luangkan disini akan sentiasa menyeronokkan dengan berbagai pengembaraan menerusi The Beginning, land of Adventure, Lego City dan Miniland.

Selain itu, pengembaraan anda bukan hanya terhenti setakat itu sahaja. Anda boleh meneruskannya lagi di Legoland Water Park untuk lebih aksi yang bertemakan air.

Jika anda ingin meluangkan hari dan malam anda disana, anda boleh menginap di Hotel Legoland dan terus merasa kagum dengan rekaan bilik penginapan yang bertemakan Lego.

Tiket: Harga tiket masuk adalah bermula dari RM76

1-Day Theme Park: RM185 (Anak / Orang Tua), RM231 (Dewasa)
1-Day Theme Park+Sea Life : RM221 (Anak / Orang Tua), RM278 (Dewasa)
1-Day Theme Park+Water Park+Sea Life: RM250 (Anak / Orang Tua), RM313 (Dewasa)

Waktu Operasi: Dibuka dari 10:00 Pagi – 6:00 Petang


DANGA BAY



Danga Bay adalah salah satu tempat menarik di Johor menawarkan berbagai aktiviti yang penuh gaya. Terdapat banyak outlet dan restoran-restoran yang menawarkan makanan-makanan yang sedap untuk dinikmati disana.

Danga Bay juga dikenali sebagai taman rekreasi terbesar di Johor Bahru dan ia turut memberikan ruang dan kemudahan untuk anda melakukan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan semua peringkat umur.

Terdapat juga aktiviti eksklusif untuk kanak-kanak disana.

Jika anda inginkan suasana makan malam yang romantik, Danga bay seharusnya menjadi destinasi utama anda. Anda dapat menikmati makan malam bersama yang tersayang serta dapat menikmati keindahan permandangan malam.

Danga Bay juga menunjukkan beberapa adat dan budaya masyarakat sekitar Johor.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by Faez laaaaaa