29 February 2020

KENAPA FILEM "RATU KALAJENGKING" MENDAPAT RANTING 7 DARI 10

ratu kalajengking

REVIEW l FILEM "RATU KALAJENGKING"

Tajuk: Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda

Tarikh Tayangan: 27 Februari 2020
Durasi: 2 jam
Genre: Seram / Romantik
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Pelakon: Nadia Brian, Amar Asyraf, Datuk Fizz Fairuz, Firman Siagian, Eyra Hazali, Fauziah Nawi, Raja Azmi dan Dayang Areeda.
Klasifikasi: P13

Korang mesti nak tahu kenapa filem ini mendapat ranting 7/10 dari aku. Pertama kali plot cerita ini agak nipis kerana beberapa adengan berulang menyebabkan penonton seperti aku mula rasa bosan. 

Maklumlah, aku memang jenis kaki wayang dan agak jarang untuk aku  menonton filem melayu semata menghabiskan duit RM19.00. Bukan sebab aku tak support filem melayu, kerana filem melayu cepat ditayangkan di kaca tv. 

Filem ini agak mengecewakan aku selepas dipujuk oleh ibu beberapa kali untuk menonton filem ini. Korang boleh baca sinopsis filem ini dibawah selepas korang selesai membaca review aku. 

Cerita rakyat sinonim dengan bualan mulut ke mulut menyebabkan fakta cerita asal dimanipulasi turun menurun. 

Untuk filem ini, aku tidak pasti penulis skrip membawa plot cerita versi yang mana satu sebab aku ada baca beberapa alkisah tentang puteri keranda ini. 

Bagi aku cerita ini agak spoil sebab latar muzik dengan kisah yang ditayangkan tidak seiringan. Contoh, cerita ini membawa kita satu kisah misteri melayu lama tetapi latar muzik dalam filem ini adalah muzik moden. Korang boleh nilai sendiri nanti. 

Seterusnya, mungkin filem ini dibuat penggambaran pada 2 tahun lepas menyebabkan warna filem agak kelam dan ada beberapa perkara lagi. kalau korang nak tahu, korang boleh tonton di pawagam sekarang. Jom baca sinopsis "Ratu Kalajengking"

Filem Ratu Kalajengking atau dikenali Puteri Keranda mengisahkan tentang Cik Siti yang mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Mawar dan Teratai. Siti bercinta dengan Awang, namun dalam diam rupa-rupanya Mawar juga mencintai Awang. Teratai yang mengetahui pekara tersebut menasihati Mawar agar tidak mengkhianati sahabat baik sendiri.

Kemudian, wajah Cik Siti tiba-tiba diserang penyakit misteri apabila ditumbuhi jerawat batu. Keadaan mukanya sangat teruk sehingga orang kampung memanggilnya hantu dan diasering dihina dan dikeji, malah akhirnya Awang juga meninggalkannya. Cik Siti kecewa lalu berkawan dengan Nadim, pemotong kayu yang menjadi tempatnya mengadu. Mawar telah menghasut Cik Siti supaya pergi ke Gunung Panti untuk berubat dengan Nenek Kebayan, dengan harapan Awang akan menjadi miliknya.

Cik Siti nekad untuk pergi berubat dengan Nenek Kebayan, meskipun ibunya melarang. Semasa ketiadaan Cik Siti, Nadim yang menjaga ibunya siang dan malam. Terharu dengan kebaikkan Nadim, ibu Cik Siti telah berjanji yang dia akan mengahwinkan Nadim dengan Cik Siti.

Sementara itu, Cik Siti meredah hutan belantara tiga hari tiga malam, sehingga dia berjumpa dengan Nenek Kebayan yang bersetuju mengubati penyakitnya, tetapi dengan syarat Cik Siti tidak boleh menderhaka dan mengecilkan hati ibunya. Sekiranya melanggar pantang, Siti akan menerima akibatnya.

Cik Siti bersetuju dan terus berubat. Dia juga menuntut ilmu kebatinan. Setelah menuntut selama 99 hari, terdapat perubahan pada wajahnya. Mukanya licin dan cantik berseri-seri seperti bulan purnama.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by Faez laaaaaa